Loading...

SUBHANALLAH!! REMAJA ISLAM MENJADI PENSYARAH DI LEICESTER!!

Baru saja berusia 14 tahun, tetapi remaja ini telah dipilih untuk mengajar di sebuah universiti sebagai seorang pensyarah

  • Jika dilihat pada saiz badan dan wajahnya, pasti ramai yang tidak menyangka dia adalah seorang pensyarah

    • Dikenali dengan nama Yasha Asley, remaja berusia 14 tahun ini merupakan seorang remaja paling genius di Britain. Oleh kerana mempunyai kadar IQ yang tinggi, beliau telah ditawarkan oleh pihak universiti untuk menjadi sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester ketika beliau berusia 13 tahun. 

      Kini, beliau ditugaskan untuk mengajar pelajar dewasa dalam bidang matematik. Selain itu, Yasha juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut.
  • Oleh kerana umurnya yang terlalu muda, satu kebenaran khas telah dikeluarkan bagi memberi peluang untuknya bekerja di universiti itu

    • Yasha kini berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah di Leicester sebelum mendapat tempat untuk belajar di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik pada umur 12 tahun.

      "Ini merupakan satu peluang yang sungguh bagus bagi saya. Saya amat seronok dan suka pergi ke universiti kerana saya dapat membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaian seragam sekolah untuk saya, kini saya berasa seperti orang dewasa," kata Yasha.
  • "Saya suka matematik kerana ia adalah sejenis sains yang tepat. Ia adalah satu-satunya sains di mana anda boleh membuktikan apa yang kamu katakan adalah betul," kata Yasha.

    • "Matematik menguji kesabaran dan membuatkan saya ingin mencari jawapan yang betul. Ia merupakan subjek yang mudah dan menyeronokkan untuk belajar," ujarnya lagi. Selepas tamat tahun 6 di sekolah rendah, beliau terus masuk ke universiti. 

      Yasha sebelum ini menghadiri sekolah rendah negeri sebelum mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran matematik peringkat ijazah ketika berusia 12 tahun. Beliau merupakan kanak-kanak yang pertama di dunia yang mencapai gred A dalam Matematik A Level dengan markah penuh sebanyak 100% dan 99%.

      Yasha juga digelar sebagai Human Calculator kerana kecekapan beliau dalam menjawab soalan Matematik yang begitu susah. Beliau telah membuktikan bahawa semua orang dapat menguasai sesuatu perkara jika mereka betul-betul mahu mengejarnya. 

      Walaupun umurnya masih muda, tapi ia bukanlah satu halangan untuk Yasha untuk membuktikan kepada orang ramai tentang impiannya dalam menguasai mata pelajaran Matematik.
      • 1a9c

0 komentar:

Posting Komentar

 
TOP